Suruh individu tolong ambilkan gambar, terkejut tahu rupanya Remy Ishak

Suruh individu tolong ambilkan gambar, terkejut tahu rupanya Remy Ishak.Pasangan tidak menyangka individu yang menangkap gambar mereka sewaktu berada di Tasik Cermin rupa-rupanya pelakon terkenal, Remy Ishak.

Isterinya, Ezza Rose memuat naik hantaran itu di laman sosial TikTok memaparkan pasangan tersebut yang meminta tolong diambil gambar tanpa mengetahui identiti individu misteri yang begitu gigih menangkap gambar mereka.

“Tadi singgah di Tasik Cermin dan terdapat satu pasangan yang meminta tolong diambil gambar. Seperti biasa, suami saya gigih untuk mendapatkan gambar yang cantik.

Suruh individu tolong ambilkan gambar, terkejut tahu rupanya Remy Ishak

“Semoga pasangan ini gembira dengan gambar mereka kerana mereka juga sebenarnya tidak perasan identiti jurugambar misteri ini,” katanya.

Dalam pada itu, pasangan tersebut tampil di ruangan komen dan meluahkan keterujaannya apabila mendapat tahu rupa-rupanya jurugambar itu adalah Remy Ishak.

Baca Artikel Penuh