Surat pemecatan Tun M penuh kecelaruan, tiada fakta jelas

Berdasarkan kenyatan Media dari Tan Sri Muhyiddin Yassin dan surat Tan Sri Dato’ Seri Megat NajmuddinbPengerusi Lembaga Disiplin (27 Mei 2020- PPBM(S)/LD/SK2020(65) ) yang telah tersebar luas hari ini.

Berdasarkan surat Pengerusi Lembaga Disiplin terdapat 2 perkara yang telah diwartakan surat ini. Surat ini kelihatan seperti tidah bermaya dan tidak bernyawa kerana tiada fakta yang jelas dan padu. Sesiapa sahaja yang membaca akan membaca beberapakali dan mencari fakta yang jelas.

Di dalam perkara No.2,

“…. SAYA BERPENDAPAT BAHAWA kes-kes penama tersebut tidak perlu dirujuk untuk tindakkan Lembaga Disiplin”

Di dalam perkara No.3’

“ Pandangan Saya, penama-penama….”

Berdasarkan petikan berikut;

Saya berpendapat dan Pandangan saya , ialah merupakan pandangan peribadi beliau bukan suara muktamat Lembaga Disiplin Parti yang berminit dan berkaji selidik.

Kenapa tidak perlu perkara di dalam surat tersebut tidak perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Jemaah lembaga disiplin parti. Adakah Jemaah Ahli Lembaga Disiplin yang lain hanya merupakan pepatong kayangan untuk sekadar hiasan.

Adakah Pengerusi Lembaga Disiplin Parti mempunyai kuasa mutlak dan eksekutif yang bertaraf VITO untuk sebarang keputusan di dalam menjalankan tugas parti.

Kenyataan beliau jelas bahawa sebagai Pengerusi Lembaga disipilin ,beliau merupakan seorang yang mempunya etika kerja yang tidak berprinsip ,beramanah dan berintegirit di dalam menajalankan tugas Parti.

Siapakah Dato’ Seri Hamzah yang yang di maksudkan di dalam surat berkenaan. Adakah jawatan beliau itu telah mendapat persetujuan dan dibawa berbincang bersama Tun Dr Mahathir ,Pengerusi BERSATU Malaysia oleh Presiden parti.

Setelah dibaca dan diteliti berkali-kali, Adakah benar Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Tan Sri Presiden dianggap SAH dan boleh diguna pakai?

Berdasarkan Kenyataan akhbar yang telah tersiar , terbukti sahih, kenyataan ini boleh dianggap PALSU atau FAKE NEWS kerana tiada TARIKH dinyatakan bila kenyataan ini disiarkan.

Secara dasarnya, Kenyataan Akhabr ini telah pun dirangka terlebih dahulu dan telah merancang untuk melucutkan keahlian 5 Ahli pemimpin Bersatu termasuk Tun Dr.Mahathir Mohamad.

Hasil dari dua surat yang telah bersiar menampakkan ketidak matangan di dalam berpolitik .Semua Peraturan dan perlembagaan parti yang telah termaktub dilanggar dan menggunakan kuasa VITO untuk tetap berkuasa.

Srikandi Akar UMBI muak dengan cara pemimpin begini berpolitik. Kami Srikandi Akar Umbi bekerja keras sebelum PRU14 untuk menumbangkan Kerajaan Kleptokrasi berpegang kepada prinsip perjuangan dan bukan untuk kembali bekerjasama dengan kerajaan Perikatan yang dinominasi oleh UMNO Kleptokrasi.

Srikandi Akar Umbi tidak perlu gentar dan risau , kerana SUARA Srikandi AKAR UMBI adalah KUASA sebenar AHLI BERSATU .

Mahukah kalian kembali dikuasai oleh UMNO Kleptokrasi?

IZZA ISMAIL

Sumber: