Sumber mineral Afghanistan bernilai RM4.24 trilion untuk diteroka Taliban

Taliban

Sumber mineral Afghanistan bernilai RM4.24 trilion untuk diteroka Taliban.Taliban kini memegang kunci kepada sumber mineral yang belum diterokai dianggarkan bernilai AS$1 trilion (RM4.24 trilion) yang dapat memberi peralihan dunia ke tenaga boleh diperbaharui.

Namun, disebabkan perang yang tidak berkesudahan selain infrastruktur lemah, ia menjadi penghalang kepada usaha mengeluarkan sumber mineral itu bagi meningkatkan kekayaan ekonominya.

Taliban yang mula menguasai negara itu selepas 20 tahun kini terikat dengan krisis kewangan berikutan beberapa negara yang menyalur bantuan menghentikan sokongannya terhadap Afghanistan.

Menurut laporan oleh Kajian Geologi AS (USGS) Januari lalu, sumber mineral semula jadi yang berharga itu termasuk bauksit, tembaga, bijih besi, litium dan nadir bumi.

Tembaga yang diperlukan untuk membuat kabel kuasa menjadi antara komoditi terpenting tahun ini apabila harganya melonjak menjadi lebih dari AS$10,000 (RM42,379.99) satu tan.

Lithium pula ialah elemen penting untuk membuat bateri kereta elektrik, panel solar dan kincir angin.

Sumber mineral

Permintaan dunia untuk litium dijangka meningkat lebih 40 kali ganda menjelang 2040, menurut Badan Tenaga Antarabangsa.

Pengarang buku The Rare Metals War, Guillaume Pitron berkata, Afghanistan ‘duduk’ di atas rizab besar litium yang belum diterokai hingga hari ini.

“Afghanistan juga memiliki banyak sumber nadir bumi yang digunakan dalam sektor tenaga bersih seperti neodymium, praseodymium dan dysprosium.

“USGS menganggarkan nilai kekayaan mineral yang belum diterokai negara itu dianggarkan bernilai AS$1 trilion (RM4.24 trilion) walaupun pegawai Afghanistan menyatakan ia tiga kali lebih tinggi,” katanya.

Afghanistan sudah melakukan penggalian batu berharga seperti zamrud dan rubi serta turmalin separa berharga dan lapis lazuli yang lebih baik, bagaimanapun perusahaan itu berdepan isu penyeludupan ke Pakistan.

Afghanistan juga melombong mineral lain termasuk talc, marmar, arang batu dan besi.

Walaupun peralihan kuasa oleh Taliban boleh menjejaskan pelabur asing, China muncul satu-satunya negara yang bersedia melakukan perdagangan dengannya.

Ekonomi terbesar kedua di dunia berkata, negaranya bersedia untuk mengadakan hubungan ‘mesra dan bekerjasama’ dengan Afghanistan selepas Taliban memasuki Kabul.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/global/eropah/2021/08/745784/taliban-warisi-sumber-mineral-rm424-trilion

BACA: Ucapan sulung Ismail Sabri kurang Umph…

COMMENTS

Wordpress (0)