‘Terpesona tengok isteri cantik ni gigih bawa bekal untuk suami kerja bawa lori’ Setiap suami pasti akan teruja apabila dapat merasa air tangan sang isteri
Kebanyakan wanita zaman sekarang yang bekerja kadangkala sibuk dan tidak sempat masak untuk suami.
Namun, sekali sekala bila dapat masak dan menyiapkan bekal makanan untuk suami memang akan membuatkan mereka senyum sampai ke telinga..
Suka tengok gelagat isteri cantik ni gigih bagi bekal dekat suami bawa lori
Seperti apa yang dilakukan oleh wanita ini apabila dia membawa bekal dan menemani suaminya makan dalam lori ketika waktu rehat telah mendapat perhatian ramai.
Walaupon ssh nak makan tengahari sekali. Kita bawakkan dia makan. Love You Bae
@fatihamazlan1997Walaupon ssh nak makan tengahari sekali. Kita bawakkan dia makan. Love You Bae💕
Sanggup datang naik kereta bawa bekal untuk suami, siap teman makan sekali
Menerusi video yang dimuat naik oleh @fatihamazlan1997, kelihatan wanita itu tiba di sebuah tempat suaminya sedang berehat. Suaminya merupakan penghantar kurier J&T Express.
Apa yang mencuri tumpuan adalah dia dilihat membawa mangkuk tingkat yang diisi pelbagai lauk dan juga nasi putih untuk bekal suaminya.
Malah, dia siap menemani suaminya itu makan di dalam lori sampailah habis waktu rehat. Si suami sudah pasti seronok menikmati bekalan yang dibawa oleh isterinya dan mengucapkan terima kasih kerana sanggup datang semata-mata untuk temannya makan.
“Bagus isteri dia, cantik, pandai masak tak memilih pun suami kerja apa. Respect awak sis”