Sudah bayar RM320 juta pampasan kepada Singapura, Ismail Sabri mahu sambung kembali HSR

Sudah bayar RM320 juta pampasan kepada Singapura, Ismail Sabri mahu sambung kembali HSR.

Perdana Menteri Singapura dalam satu kenyataan berkata, Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan projek kereta api laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura diteruskan.

Memetik laporan Malaysiakini, sebelum ini Muhyiddin Yassin yang memegang jawatan Perdana Menteri membatalkan projek itu dan membayar pampasan RM320 juta kepada Singapura.

Menurut Lee lagi, cadangan meneruskan projek itu dibangkitkan kepadanya dalam pertemuan dengan Ismail di Singapura hari ini.

Sudah bayar RM320 juta pampasan kepada Singapura, Ismail Sabri mahu sambung kembali HSR

Walaupun sebelum ini kedua-dua negara bersetuju membatalkannya, Singapura terbuka dengan cadangan baru Malaysia dan menteri pengangkutan masing-masing akan membincangkannya.

“Singapura menanti maklumat lanjut daripada Malaysia supaya kita dapat kaji dan pertimbang semula – bermula daripada wal.”

BACA JUGA : Penting ambik dos penggalak dengan kehadiran Omicron – Timb Menteri
Gempar !!! Seorang petugas Parlimen disahkan meninggal dunia kerana Covid-19

CATEGORIES