Sudah 58.3 peratus guru diberi suntikan vaksin

Sebanyak 58.3 peratus guru di seluruh negara sudah menerima suntikan vaksin Covid-19.

Timbalan Menteri Pendidikan 1, Muslimin Yahaya berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 39.98 guru di Selangor sudah disuntik bagi membantu mengekang penularan Covid-19 khususnya membabitkan institusi pendidikan.

Bagaimanapun katanya, terdapat negeri mencatatkan kadar pemberian vaksin dalam kalangan guru terendah misalnya di Melaka iaitu 19 peratus.

“Kita dapati, beberapa daerah sudah melebihi 90 peratus, misalnya di Labuan sahaja mencecah 94 peratus guru mengambil suntikan.

“Kadar pemberian vaksin yang tinggi ini disebabkan bilangan guru di sekolah terbabit tidak ramai,” katanya.

guru

Gambar sekadar hiasan

Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan ke Kolej Tingkatan Enam Tunku Abdul Rahman Putra (KISTARP) di sini pada Selasa.

Muslimin berkata, program vaksinasi yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi keutamaan dalam kalangan guru yang mengajar kelas peperiksaan sebagai persediaan awal pembukaan sekolah yang akan diumumkan kerajaan.

“Misalnya pada hari ini, sebanyak 99 peratus guru di KISTARP sudah menerima suntikan vaksin,” katanya.

Mengulas pemberian vaksin di daerah Sabak Bernam, Muslimin yang juga Ahli Parlimen Sungai Besar berkata, sebanyak 52 peratus guru sekolah menengah dan 33 peratus guru sekolah rendah telah menerima vaksinasi.

“Ini bermaksud jumlah keseluruhan guru di daerah Sabak Bernam yang telah menerima vaksinasi sebanyak 55 peratus melebihi sasaran di peringkat nasional iaitu 50 peratus,” katanya.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/148370/KHAS/Covid-19/583-peratus-guru-sudah-terima-vaksin

BACA JUGA : Pesakit positif Covid-19 berbaris panjang di Stadium Shah Alam, kebanyakan dari kilang

CATEGORIES