“Suara halus syaitan sentiasa menghasut agar penyatuan Umno, Bersatu, Pas dapat dirungkaikan”

“Suara halus syaitan sentiasa menghasut agar penyatuan Umno, Bersatu, Pas dapat dirungkaikan”. Pas mendakwa perpaduan antara parti itu dengan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menerusi Muafakat Nasional (MN) di samping Perikatan Nasional (PN) sangat dicemburui oleh musuh.

Ahli Jawatankuasanya, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, suara-suara halus syaitan sentiasa berbisik dan menghasut agar penyatuan antara ketiga-tiga parti utama dalam kerajaan Keluarga Malaysia itu dapat dirungkaikan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan para pemimpin kesemua parti agar tidak sesekali membiarkan agenda berkenaan dihancurkan oleh tangan-tangan golongan yang berkepentingan duniawi.

“Kepada para pemimpin, lihatlah para penyokong dan pendukung parti di bawah dan di kampung-kampung yang bergembira dengan perpaduan ini, jangan biarkan ia dihancurkan oleh tangan yang berkepentingan duniawi.

Suara

“Saya akan terus memperjuangkan muafakat ini selagi hayat dikandung badan, demi Islam dan umat, malah saya yakin ramai yang senada serta sehala tuju dengan saya,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.

Semalam, Mohd. Khairuddin memberi bayangan hanya golongan yang sentiasa tergoda dengan bisikan syaitan akan memecahbelahkan perpaduan antara parti itu dan UMNO.

Dalam perkembangan sama, beliau mengajak semua pihak untuk menanam tekad bagi memastikan perpaduan MN dan PN tidak lagi terungkai, sebaliknya terus dipertahankan serta diperkasakan sebagai kejayaan terbesar umat.

Katanya, tanggungjawab Pas mendidik politik muafakat umat bukan semata-mata untuk kebaikan parti itu, malah demi Islam dan seluruh rakyat.

“Kejayaan besar Pas ialah merundingkan perpaduan dengan UMNO hingga terbentuknya MN pada 14 September 2019 sekali gus menyaksikan pertembungan dan perbalahan antara orang Melayu-Islam di Malaysia sejak 1978 berakhir.

“Ia detik yang sangat bersejarah dan seterusnya berjaya pula berpadu dengan Bersatu menerusi PN,” katanya.

BACA: Pendirian Zahid patahkan usaha cari ‘titik pertemuan’ Pas, Umno

COMMENTS

Wordpress (3)
  • comment-avatar
  • comment-avatar

    […] BACA: “Suara halus syaitan sentiasa menghasut agar penyatuan Umno, Bersatu, Pas dapat dirungkaikan” […]

  • comment-avatar

    […] BACA: “Suara halus syaitan sentiasa menghasut agar penyatuan Umno, Bersatu, Pas dapat dirungkaikan” […]