Suami terlalu rajin kemas rumah, isteri sampai minta cerai sebab bosan

Suami terlalu rajin kemas rumah, isteri sampai minta cerai sebab bosan

Isteri minta cerai, bosan ‘suami terlalu baik dan kemas rumah tanpa disuruh’

“Saya rasa rimas dengan cinta dan kasih sayangnya yang melampau. Dia juga membantu saya membersihkan rumah tanpa disuruh.

Suami terlalu rajin kemas rumah, isteri sampai minta cerai sebab bosan

Saya sangat rindu nak bergaduh, tetapi ia mustahil kerana suami saya sangat romantis, selalu memaafkan saya dan membelikan pelbagai hadiah kepada saya setiap hari.”

Seorang isteri meminta cerai kerana bosan dengan sikap suaminya yang terlalu baik dan rajin, lapor Khaleej Times Report.

Dia dilaporkan mengadu “kasih sayang dan belas kasihan suami sangat melampau” dan mahukan perceraian.

“Saya rasa rimas dengan cinta dan kasih sayangnya yang melampau. Dia juga membantu saya membersihkan rumah tanpa disuruh,” wanita itu memberitahu mahkamah syariah di Fujairah, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Tambahnya, mereka tidak pernah bergaduh dan suaminya tidak pernah meninggikan suara kepadanya selama setahun mereka berkahwin.Apabila wanita itu merungut tentang berat badannya, suaminya juga ikut serta mengamalkan diet yang ketat dan rejim senaman yang menyebabkan dia patah kaki.

“Saya sangat rindu nak bergaduh, tetapi ia mustahil kerana suami saya sangat romantis, selalu memaafkan saya dan membelikan pelbagai hadiah kepada saya setiap hari.

“Saya mahu ada perbincangan dalam rumahtangga, tak kisahlah kalau perlu bergaduh sekalipun.

“Saya tidak mahu kehidupan yang sangat mudah,” katanya lagi.

Suaminya memohon mahkamah membatalkan permintaan perceraian itu.

“Tidak adil untuk menilai perkahwinan dari tahun pertama, dan semua orang belajar dari kesilapan mereka,” katanya.

Namun sehingga kini belum ada keputusan dari mahkamah dan kes itu masih berlangsung.

Tonton:

Berita Lain:
Penduduk tergamam tengok ratusan Burung Tiong jatuh tiba-tiba, ini yang berlaku…

Penuh parut di keseluruhan badan Jerung ini, diiktiraf ikan paling lasak

Kisah tauke cina buat surau untuk staff melayu dipuji, “pekerja saya wajib solat!”

CATEGORIES