Suami terkejut isteri sebenarnya lelaki,“Dalam IC dia perempuan..” mohon batalkan perkahwinan

Oleh NADIA HARON

Hati suami manakah yang tidak hancur luluh apabila mengetahui isteri dinikahinya rupa-rupanya adalah seorang lelaki.

Kisah ‘sebenar’ pasangan yang menikah di Selatan Thailand itu terbongkar selepas si suami hadir ke sebuah mahkamah syariah untuk memfailkan tuntutan faraq nikah.

Difahamkan, lelaki berkenaan nekad membubarkan perkahwinannya secara rasmi di mahkamah untuk mengelak dari berlakunya sebarang masalah pada masa hadapan.

Ketika menjawab pertanyaan hakim, lelaki itu mengakui baru sahaja mendapat tahu mengenai jantina sebenar isterinya selepas mereka bernikah di Selatan Thailand.

Lelaki itu juga mendakwa tidak pernah mensyaki ada apa-apa perkara yang tidak kena sebelum ini memandangkan jantina tertera di kad pengenalan isterinya adalah ‘wanita’.

Suami terkejut isteri sebenarnya lelaki,“Dalam IC dia perempuan..” mohon batalkan perkahwinan

Tular di media sosial, kisah ini diceritakan semula oleh seorang peguam syarie yang dikenali sebagai Hafiz Nur menerusi hantaran dimuat naik di akaun TikTok miliknya.

“ISTERIKU LELAKI! Ini kisah benar. Antara keburukkan menikah di Thailand adalah tiada semakan maklumat pasangan dengan terperinci dan tiada ujian saringan kesihatan.

“Takut juga tersalah nikah di tempat yang tidak diiktiraf oleh Mahkamah Syariah serta keraguan berkenaan status pernikahan tersebut sama ada sah atau sebaliknya dari segi hukum syarak.

@hafiznurnassociates ISTERIKU LELAKI! (Ini Kisah Benar) Antara keburukkan nikah di Thailand, tiada semakan maklumat pasangan dengan terperinci, tiada ujian saringan kesihatan, takut tersalah nikah di tempat yg tidak diiktiraf oleh Mahkamah Syariah serta keraguan berkenaan status keesahan pernikahan tersebut dari segi hukum syarak. Perkahwinan seolah tidak wujud di sisi undang2 Malaysia selagi tidak didaftarkan dan akan memberi kesan sekiranya berlaku kematian. Fikir-fikirkanlah… #peguamsyarie #peguamsyariemelaka #tanyapeguam #tipsrumahtangga #tipssuamiisteri #cerai #fasakh #nafkah #hakjagaananak #hibah #wasiat #pusaka #trendingontiktok #fyp #isterikulelaki #nikahthailand #kesannikahthailand #kisahbenar ♬ Takdir Dan Waktu_Mega – SekilasJiwang

“Perkahwinan seolah tidak wujud di sisi undang-undang Malaysia selagi tidak didaftarkan dan akan memberikan kesan sekiranya berlaku kematian. Fikir-fikirkanlah,” kata peguam itu di ruangan kapsyen.

Mengulas lanjut, peguam terbabit memberitahu bahawa terdapat kekeliruan dalam kad pengenalan sang isteri yang membuat pertukaran dokumen itu ketika menukar agama.

Sekadar info, ramai rakyat Malaysia memilih melakukan akad nikah di Songkhla, Narathiwat, Yala ataupun Pattani dengan tujuan berpoligami selain tidak mendapat restu keluarga.

BACA: “Mak cik aku nampak mak aku pakai barang kemas, mesti nak pinjam, bila minta balik ini alasannya”