“Suami suruh aku balik kampung, tapi aku patah balik sebab ada barang tertinggal, bila aku masuk rumah rupanya suami bawa masuk perempuan lain”

Saya berkahwin usia muda, 22 tahun. Kenal setahun, bertunang setahun. Umur 24 tahun dapat anak pertama. Anak kedua, dua tahun selepasnya. Keduanya lelaki, selective czer. Dia suami yang baik.

Semua access sociaI media, account bank, handphone semua saya ada. Dan sepanjang bercinta sampai tunang, sampai kahwin anak dua, memang tak pernah saya tangkap apa – apa walaupun sekecil sms sekalipun.

Jadi saya percayakan dia. Cuma kami ada masalah dia ni memang pemalas. Saya kena layan dia macam raja.

"Suami suruh aku balik kampung, tapi aku patah balik sebab ada barang tertinggal, bila aku masuk rumah rupanya suami bawa masuk perempuan lain"

Contoh: Baju kat mana dia buka baju, kat situ dia campak. Tak pernah tolong buat kerja rumah sekalipun dalam pantang. Dan masalah sampingan, ibu mertuaku nauzubillah (anak tunggal) faham – fahamlah. Kisah ibu mertuaku ni, kalau kalian nak saya hurai, saya kena buka post lain. Kalau ada permintaan saya buat.

Okay sambung.. Perkahwinan saya bahagia. Saya datang dari keluarga sederhana, adik beradik ramai. Dia pula dari keluarga senang, anak tunggal. Kami bahagia, walaupun anak tunggal tapi dia diajar untuk cari duit sendiri.

Baca Artikel Penuh