“Suami pinjam duit katanya terdesak, rupanya duit tu nak bayar madu beranak dekat hospital swasta, aku pun bersalin hospital kerajaan je”

Salam semua, aku salah seorang silent reader dekat sini. Selalu baca kisah rumahtangga orang, hari ni aku rasa terpanggil nak kongsi kisah aku.

Kisahnya sedikit panjang dan berliku. Nama aku Mina, nama suami aku Mamat.Masuk tahun ni dah 15 tahun kami berkahwin dan dikurniakan 3 orang cahaya mata.

Dua lelaki satu perempuan. Suami aku kerja dan kewangan sangat stabil sebab dia jenis yang teliti dalam berbelanja. Jadi jarang sangatlah dia terlebih atau membeli sesuatu bukan keperluan.

"Suami pinjam duit katanya terdesak, rupanya duit tu nak bayar madu beranak dekat hospital swasta, aku pun bersalin hospital kerajaan je"

Aku pun kerja, gaji memang tinggi berdasarkan pengalaman. Jadi hidup kami ni Alhamdulillah dari segi kewangan tapi kami masih mengamalkan kehidupan sederhana saja. Orang kata 5 tahun pertama adalah masa untuk kita benar – benar kenal pasangan kita.

Sisi cerah dan gelap yang tersembunyi dan disembunyi. Awal perkahwinan semua indah. Semua kita rasa boleh bertolak ansur sebab aku rasa takpelah dia suami. 5 tahun pertama berlalu kemudian 10 tahun juga berlalu dengan pantas.

Baca Artikel Penuh