Betul la kata orang, manusia boleh gelap mata kerana duit.
Cerita pasangan suami isteri ni boleh dijadikan sebagai contoh sebab lelaki tu bunuh isteri sendiri demi duit berjuta!
Seorang wanita bernama Zhang Jie, 29, dari Tianjin, China ditemui mati dengan kesan kecederaan dekat kolam renang sebuah hotel di Phuket, Thailand.
Menurut Shanghaiist, suaminya, Zhang Yifan bawa Jie dan anak mereka berusia 20 bulan pergi bercuti dekat Phuket pada 27 Oktober lepas.
Pada hari ketiga, ibu bapa Jie dapat panggilan daripada Yifan mengatakan anak mereka mati lemas dekat kolam renang hotel mereka menginap. Tapi, kedua orang tua tu curiga dengan apa yang menantu mereka cakap sebab Jie merupakan seorang perenang yang bagus. Awal awal dah kantoi!
So, pada 31 Oktober tu, Yifan bawa anak dia pulang ke Tianjin dan datang semula ke Phuket bersama mertua dia untuk uruskan hal kematian Jie. Pada masa yang sama, salah seorang ahli keluarga Jie beritahu yang Yifan ada tanda tangan polisi insurans beberapa bulan sebelum kematian isteri dia.
Menurut SCMP, masa mereka datang ke Phuket semula tu, ibu bapa Jie cadangkan pada Yifan untuk laporkan kematian anak mereka dekat pihak polis dan lelaki tu bersetuju.
Pada 2 November, laporan polis dibuat dan selepas beberapa jam disoal siasat, Yifan akhirnya mengaku yang dia sendiri bunuh isterinya sebab dah tak mahu hidup bersama.
“Saya dah tak mahu hidup dengan dia lagi.”
Rakaman CCTV kejadian pun turut ditunjukkan pada kedua ibu bapa Jie dan jelas kelihatan yang Yifan sendiri bunuh isteri dia. Yifan picit leher sambil sebelah tangan pegang kepala Jie dan dia tekan kepala ke dalam air sekuat hati. Lepas isteri dia dah mati, Yifan buat selamba je duduk dekat tepi kolam dan panggil pekerja hotel.
Perasaan curiga ibu bapa Jie tu rupanya betul, ditambah pula dengan kesan lebam yang mereka tengok pada badan mangsa. Sebab tu, mereka perangkap Yifan dan pujuk dia untuk buat laporan polis.
Mati 1
Difahamkan, saudara Jie jumpa 18 insurans hayat yang dah dibeli Yifan. Semua dokumen tu dijumpai dekat rumah lelaki tu dan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 33juta Yuan! Banyaknya woooiiii!
Insurans 2
Yifan kini ditahan oleh pihak polis Thailand dan kes masih belum selesai kerana polis China dikatakan mohon untuk buka fail kes tu dekat negara mereka. Kalau kes ni dibuka dekat China dan Yifan didapati bersalah, dia dilaporkan akan berdepan hukuman gantung.