“Suami masam muka dengan aku sebab pergi melawat abah sakit tenat, bila abah meninggal, dia paksa aku balik rumah cepat”

Ayah meninggal subuh itu. Saya buka telefon nak bagitau suami. Saya buka mesej, suami membebel lagi tak payah jaga ayah saya.

Saya bagitau dia, ayah dah meninggal tetap dia bebel pasal jaga anak. Sebelum balik saya sempat beli makan tengahari untuk suami dan anak..

Salam semua. Semalam saya ada terbaca kisah siapa jaga ibu aku. Terdetik nak berkongsi pengalaman sendiri.

"Suami masam muka dengan aku sebab pergi melawat abah sakit tenat, bila abah meninggal, dia paksa aku balik rumah cepat"

Awal kisah saya, ibu bapa bercerai sejak saya belum bersekolah. Sudah lama eebenarnya saya tidak jumpa bapa, kami jumpa semula kerana saya perlu cari wali untuk berkahwin.

Selepas itu, bapa saya mula nak rapat kembali dengan saya. Sikit-sikit saya bolehlah, tetapi memang rasa janggal. Hubungan kami setakat selang beberapa lama, bapa saya akan telefon tanya khabar. Saya memang tak pandai nak jadi anak dia disebabkan dah lama tak jumpa.

Baca Artikel Penuh