“Suami cakap, dia benci melihat aku, rupanya dia tak pernah pun mencintai aku, dia mengakui dia hanya berpura-pura bahagia selama ni”

Assalamualaikum admin, minta tolong hide profile kawan saya. Nama aku Sara. Aku berusia lewat 20-an

dan bekerja sebagai seorang executive di sebuah bank yang terletak di Kuala Lumpur.

Aku mempunyai seorang anak perempuan yang kini berusia 5 bulan. Dan aku juga merupakan seorang ibu tunggal yang telah diceraikan oleh bekas suami 2 bulan lepas.

"Suami cakap, dia benci melihat aku, rupanya dia tak pernah pun mencintai aku, dia mengakui dia hanya berpura-pura bahagia selama ni"

Punca penceraian, jika ditanya pada bekas suami, tentulah semua salah dalam perkahwinan kami diletakkan di atas bahu aku.

Tetapi, jika ditanya pada aku, sudah tentu disebabkan oleh orang ke-tiga. Ya, bekas suami aku menjalinkan hubungan dengan perempuan lain yang lebih muda ketika aku sedang berpant4ng 100 hari. Kisahnya awal tahun ini.

Baca Artikel Penuh