Empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) utama di Pulau Pinang ditutup esok selepas berdepan masalah kekurangan bekalan vaksi Pfizer, kata jabatan kesihatan negeri itu, hari ini.
Dalam kenyataannya, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang berkata, janji temu bagi suntikan kedua dos vaksin minggu depan akan dijadualkan semula.
Tiga PPV terbabit berada di kawasan pulau iaitu, Kompleks Sukan Balik Pulau; Balai Rakyat Bayan Baru dan Tapak Pesta di Sungai Nibong, manakala sebuah PPV di Dewan Milenium, di Seberang Perai Utara.
Bagaimanapun, keempat-empat PPV terbabit akan dibuka kembali pada Isnin ini.
Jabatan Kesihatan Pulau Pinang turut menjelaskan, penerima dos kedua vaksin Pfizer yang dijadual menerima vaksin pada 15 hingga 19 Ogos akan dipinda tarikhnya kepada 22 hingga 26 Ogos ini.
Katanya, orang awam disaran menyemak semula tarikh penjadualan pada aplikasi MySejahtera.
Khamis lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, berkata gangguan bekalan vaksin berpunca daripada kekurangan bekalan peringkat global terutama membabitkan vaksin Pfizer. Beliau berkata, jaminan sudah diberikan bahawa bekalan akan tiba bermula minggu seterusnya.
Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Pulau Pinang sebelum ini melaporkan rungutan di kawasan masing-masing membabitkan janji temu yang ditangguh atau dibatalkan.
Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/14/kurang-bekalan-pfizer-4-ppv-di-pulau-pinang-ditutup-sehari/
BACA JUGA :
Video tular jual ‘barang terlarang’, Lan Pet Pet kenalpasti perakam
Maut terkena libasan kipas helikopter buatan sendiri
Bersara UFC, Khabib ceburi dunia bola sepak pula