Status Adun PN di Melaka belum terjawab, kerajaan atau pembangkang

Status Adun PN di Melaka belum terjawab, kerajaan atau pembangkang.Kerajaan negeri belum memutuskan kedudukan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baharu Perikatan Nasional (PN) sama ada akan menyertai barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) atau sebaliknya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, Barisan Nasional (BN) akan melakukan perbincangan bersama pucuk pimpinan sebelum membuat keputusan.

Menurut laporan sinar harian, walaupun pentadbiran pusat masih di bawah kerjasama kerajaan PN namun senario Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang menyaksikan BN bertanding solo perlu diambil kira.

Sulaiman berkata “BN bertanding secara solo. Jadi saya perlu berbincang bersama pucuk pimpinan dan kita akur apa juga keputusan yang,” katanya kepada media selepas meneruskan tugasnya pada hari pertama di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini pada Isnin.

Adun

Datuk Seri Sulaiman Md Ali

Sulaiman yang sebelum ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13secara rasmi meneruskan tugasannya selepas BN berjaya membantu kerajaan dengan kemenangan besar.

Keputusan rasmi menunjukkan BN yang diwakili UMNO, MCA dan MIC berjaya mendapat 21 daripada keseluruhan 28 kerusi.

Senarai barisan Exco Kerajaan Negeri juga akan diumumkan pada minggu ini.

BACA: PH kecewa Peguam Negara batal rayuan kes rasuah Ku Nan
BACA: PRN Melaka : Walaupun kalah, pemimpin Pas dakwa berjaya capai objektif

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar
    frolpwecerit 3 days

    I take pleasure in, result in I discovered just what I was taking a look for. You’ve ended my four day long hunt! God Bless you man. Have a nice day. Bye

    http://www.frolpwecerit.com/

  • comment-avatar

    […] BACA: Status Adun PN di Melaka belum terjawab, kerajaan atau pembangkang […]