STAR umum terima penyertaan naib presiden UPKO

STAR umum terima penyertaan naib presiden UPKO

Naib Presiden Upko, Lucas Umbul hari ini, mengumumkan beliau dan beberapa ahli parti itu menyertai STAR.

Penyertaan Lucas ke dalam STAR disiarkan secara langsung menerusi Facebook dengan presiden parti, Jeffrey Kitingan turut kelihatan dalam majlis berkenaan.

“Ia (menyertai STAR) tiada paksaan, ia adalah kerelaan kami untuk menyertai STAR yang dipimpin Jeffrey.

“Kami mahu membantu STAR berkembang di Tenom, bukan saja dalam kalangan Orang Asal tetapi juga masyarakat keseluruhannya tanpa mengira latar belakang agama dan sebagainya,” kata Lucas dalam ucapannya sempena majlis itu.

Lucas yang sebelum ini turut memegang jawatan ketua bahagian Upko Tenom menjadi calon parti itu di kerusi Kemabong pada pilihan raya negeri (PRN) lalu.

Bagaimanapun, beliau tewas kepada calon Bebas, Rubin Balang dalam pertandingan enam penjuru.

Berita penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/03/07/naib-presiden-upko-sertai-star/