STAR tiada wakil dalam kabinet, mungkin ada tawaran lain – Guan Dee

Bekas timbalan menteri pelancongan, seni dan budaya, Guan Dee Koh Hoi tiada perasaan benci kerana tidak disenaraikan dalam barisan Jemaah Menteri persekutuan, tetapi memberi bayangan mungkin ada tawaran lain untuk partinya, STAR.

“Tak apa, kami tunggu dalam sehari dua lagi, tetapi saya tidak mahu komen sekarang. Saya serahkan kepada presiden saya (Jeffrey Kitingan),” katanya kepada FMT.

Ditanya jika ada jawatan persekutuan untuk partinya, setiausaha agung STAR itu berkata: “Saya tidak tahu, apa sahaja boleh berlaku…angkat sumpah (untuk Jemaah Menteri persekutuan) hanya pada Isnin kan?

STAR tiada wakil dalam kabinet, mungkin ada tawaran lain - Guan Dee

Guan Dee Koh Hoi dilantik sebagai timbalan menteri pelancongan, seni dan budaya April lalu, menggantikan Presiden STAR, Jeffrey Kitingan yang mengosongkan kerusi itu selepas menjadi timbalan ketua menteri Sabah. (Gambar Bernama)

“Lihatlah dalam beberapa hari, tetapi saya tidak boleh memberi komen kerana ia akan menjejaskan kedudukan parti kami. Saya harap anda faham.”

Guan Dee, 68, dilantik sebagai timbalan menteri pelancongan, seni dan budaya April lalu, menggantikan kekosongan ditinggalkan Kitingan selepas menjadi timbalan ketua menteri Sabah susulan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah dalam pilihan raya negeri September 2021.

Beberapa pemimpin pembangkang mengkritik pelantikannya sebagai timbalan menteri yang disifatkan sebagai strategi “survival politik” perdana menteri ketika itu, Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional. STAR ialah parti komponen PN.

Sementara itu ketika ditanya jika beliau kecewa kerana tiada dalam senarai barisan Jemaah Menteri persekutuan, Guan Dee berkata, ia adalah perkara biasa dalam politik.

“Apa nak buat? Kadangkala anda perlu hadapi saat pahit juga.”

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/27/mungkin-ada-tawaran-lain-untuk-star-kata-guan-dee-selepas-cicir-daripada-jemaah-menteri/

BACA JUGA : Panas !!! Najib pertahan kabinet Ismail Sabri, ucap selamat bertugas

COMMENTS

Wordpress (0)