Standby hadapi tsunami gelombang ketiga wabak Covid-19

Dalam berdepan kemungkinan tsunami gelombang ketiga wabak Covid-19, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengambil langkah proaktif untuk menambah bilangan katil di hospital dan memperkasa usaha pembendungan.

Dalam sidang media petang tadi, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan mereka kini sedang bersiap siaga bagi menghadapi kemungkinan bilangan kes melonjak kepada 1,000 kes baru sehari.

“Baik kita bersiap siaga untuk yang terburuk, dan berdoa untuk yang terbaik.

“Lebih baik terlebih persediaan daripada kurang persediaan. Jika kita kurang persediaan, itu maknanya kita tidak bersedia,” katanya.

Menurutnya, buat masa ini sebanyak 5,292 katil tersedia di hospital.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/517431

COMMENTS

Wordpress (0)