Sorok 26 kanak-kanak dibelakang dinding rahsia demi raih pendapatan tambahan

Sorok 26 kanak-kanak dibelakang dinding rahsia demi raih pendapatan tambahan.SEORANG pengusaha taska dan pekerjanya didapati bersalah melakukan penderaan kanak-kanak selepas menyembunyikan 26 budak di sebalik sebuah dinding bagi meraih pendapatan tambahan.

Carla Faith, 58, hanya mempunyai lesen untuk menjaga enam kanak-kanak di sebuah taska di Colorado, Amerika Syarikat.

Kegiatan mereka bagaimanapun terbongkar selepas pihak berkuasa menerima maklumat mengenainya, pada November 2019.

Menurut laporan gazette.com, kebanyakan kanak-kanak mempunyai kesan kotor pada lampin selain berpeluh.

Salah seorang kakitangannya, Christina Swauger, turut disabitkan dengan 26 pertuduhan melakukan penderaan kanak-kanak.

Dia bertindak untuk memastikan dia boleh menjaga lebih ramai kanak-kanak setelah ibu bapa mengadu kesesakan di rumahnya.

Mereka mendapati 26 kanak-kanak di bawah usia tiga tahun disembunyikan.

Sorok

Dipercayai sewaktu polis tiba di lokasi kejadian, wanita itu mennyembunyikan kanak-kanak berkenaan.

Polis bagaimanapun dapat mendengar suara mereka dan melakukan pemeriksaan lanjut.

Mereka kemudian menemui satu ‘dinding rahsia’ yang membawa kepada tingkat bawah tanah.

Faith didapati bersalah terhadap 26 pertuduhan mengakibatkan kecuaian dan penderaan kanak-kanak tanpa kecederaan.

Ini termasuk kesalahan menjalan operasi pusat jagaan kanak-kanak tanpa lesen yang sah.

Mahkamah dijadual menetapkan hukuman buat kedua-dua tertuduh pada Oktober.

Berita penuh : https://www.mstar.com.my/global/dunia/2021/09/02/pengusaha-taska-sorok-26-budak-di-sebalik-dinding-rahsia

BACA:Umno bakal dapat kembali dana RM192 juta, pendakwaan gagal lucut hak