SOP PKP beri kesan tidak baik kepada pendapatan penghantar makanan

Kalau tak boleh dine in, kita faham. Tapi bagilah peluang orang bungkus makanan sampai pukul 10pm (paling kurang).

Orang pukul 7pm lebih baru habis kerja, tak sempat pun singgah kedai. Ada tu yang masih bekerja hingga 8-9pm, bagaimana kalau mereka nak beli makanan?

Bukan semua ada keupayaan untuk memasak di rumah. Sama macam SOP kedai dobi. Ramai tak ada mesin basuh di rumah.

Peniaga, delivery makanan, pelanggan semua terjejas. Tak betul SOP begini.

Santan Kiara 163 pun saya kena tutup awal.

Saya lagi tak boleh bayangkan kalau peniaga kecil, penjual burger, penjaja makanan dan lain-lain.

Order untuk delivery makanan pun tutup dalam pukul 7.30pm. Jadi kurang upah untuk pekerja delivery (Grab/Food Panda/etc).

Ubahlah SOP mengarut begini.-FB

COMMENTS

Wordpress (0)