“SOP hancur, penjarakan sosial sifar”, keluh penumpang MRT

“SOP hancur, penjarakan sosial sifar”, keluh penumpang MRT. Penumpang tidak berpuas hati dan marah dengan kenaikan harga daripada RM30 kepada RM50 bagi pas perjalanan tanpa had perkhidmatan rel dan bas kendalian Prasarana Malaysia Berhad semakin memuncak selepas laluan MRT Kajang menghadapi masalah teknikal pada waktu sibuk pagi tadi.

Akibat dari masalah teknikal pagi tadi, pengguna dari Kwasa Sentral terpaksa turun di stesen Phileo Damansara dan menaiki bas untuk ke stesen Semantan bagi meruskan perjalanan ke stesen Kajang.

Di Twitter, terdapat beberapa penumpang melepaskan geram mereka untuk mengadu tentang kesesakan teruk di beberapa stesen akibat masalah teknikal itu ketika kebimbangan terhadap penularan wabak Covid-19 masih belum surut.

“Jarak sosial sifar di Kwasa Sentral,” kata seorang pengguna yang mengadu di Twitter.

“Tiada kawalan ke atas orang ramai untuk prosedur operasi standard Covid-19,” kata pengguna MRT yang lain pula.

— carrotroke (@peiyiileow) January 5, 2022
Mac sardin. No control over crowd for SOP COVID. @AskRapidKL you should be responsible for this !!!! pic.twitter.com/AwR3SDQtZB

— Khalieff Fathiee (@KhalieffF) January 5, 2022
Pengguna lain turut melahirkan rasa kecewa kerana masalah dengan laluan MRT Kajang berlaku hanya empat hari selepas harga pas perjalanan pengangkutan awam tanpa had dinaikkan daripada RM30 kepada RM50.

Ketika Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mentadbir Pas My30 dengan harga RM30 diperkenalkan pada Jun 2020.

Dengan menggunakan Pas itu, ianya boleh digunakan untuk perjalanan tanpa had di semua laluan MRT, LRT, BRT dan Monorel serta bas yang dikendalikan oleh RapidKL dan MRT di Lembah Klang.

Pas My30 digantikan dengan pas My50 berkuat kuasa tahun ini yang kini berharga RM50.

Masalah teknikal bermula sekitar jam 8 pagi tadi telah menyebabkan RapidKL mengarahkan penumpang mengambil langkah ke alternatif dan isu itu diselesaikan pada tengah hari.

“Kemaskini Laluan MRT Kajang: Isu teknikal telah diperbetulkan. Perkhidmatan disambung semula seperti biasa. Terima kasih,” kata RapidKL di Laman Rasminya di Twitter.

BACA JUGA :
Wanita digilis LRT setelah terjatuh dari tren
Individu kes samun dalam lif MRT diberkas Polis
GEMPAR | Firma LRT3 minta bantuan k’jaan, dakwa Tajuddin tahan bayaran RM700juta

Artikel ini disiarkan pada 05/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)