‘Songlap’ duit rakan, helah wanita ini terdedah selepas buat laporan palsu

‘Songlap’ duit rakan, helah wanita ini terdedah selepas buat laporan palsu. Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong menyiasat seorang wanita warganegara tempatan berikutan satu laporan palsu dibuatnya.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, pada 19 Mei lalu, pukul 8 pagi, seorang wanita tempatan berusia 28 tahun telah datang ke balai polis untuk membuat laporan mendakwa dirinya telah disamun.

“Wanita itu mendakwa disamun oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di hadapan sebuah gerai menghala ke Desa Permai, bandar Bentong. Dakwanya lagi, dia ditahan oleh seorang lelaki dan mengambil sejumlah RM380 miliknya ketika pulang menghantar anaknya di sekolah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zaiham, polis telah merakamkan percakapan wanita berkenaan bagi membuat siasatan kes tersebut.

“Namun, polis mendapati ada keraguan terhadap keterangan diberikan oleh mangsa malah tidak ada sebarang petunjuk kes samun berkenaan,” katanya.

'Songlap' duit rakan, helah wanita ini terdedah selepas buat laporan palsu

Beliau berkata, mangsa datang semula ke balai polis pada hari yang sama, pukul 7 malam untuk menarik laporan polis.

“Wanita terbabit kemudian telah disoal siasat semula oleh pegawai penyiasat di sini berikutan mahu menarik semula laporan polis. Akhirnya wanita ini telah membuat pengakuan bahawa dia telah mereka cerita telah disamun. Sebenarnya wanita ini telah menggunakan duit rakannya,” katanya.

Zaiham menambah, susulan kejadian itu, polis telah membuat laporan polis ke atas wanita yang membuat laporan palsu itu.

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 182, Kanun Keseksaan kerana telah membuat laporan palsu. Sekiranya disabitkan kesalahan, wanita ini akan berdepan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” jelasnya.

Katanya, polis memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan membuat sebarang laporan palsu dan tindakan undang-undang akan diambil ke atas pelaku yang tidak bertanggungjawab. – UTUSAN

BACA:

Mak Leha ‘smackdown’ Nurul di episod akhir buat ramai puas hati

Gambar tular : Ini respon Najib

Hari Guru : Gaya cikgu ‘dress up’ jadi perhatian, yang pakai sweater merah paling win

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)