Sokong PM?, Pemimpin PH kata belum muktamad

PH

Pemimpin PH kata belum muktamad. Ahli Parlimen Sibu dari DAP, Oscar Ling menafikan khabar angin yang wakil rakyat pembangkang sudah memutuskan untuk menyokong Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, jika undi percaya diadakan apabila Parlimen bersidang bermula 6 September ini.

Pemimpin PH kata belum muktamad

Oscar.

“Tidak, kami belum putuskan sama ada untuk undi tolak perdana menteri baru atau tidak pada masa ini, kami masih berunding dengan kerajaan baru berkenaan dasar yang kami ingin bawakan.

“Ia bermula dengan tujuh cadanganan yang disebut bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin, dan kita akan tambah lagi, terutama beberapa dasar daripada agenda PH,” katanya seperti dipetik Borneo Post.

Ling berkata pembangkang sedar kemungkinan besar hanya ada 105 ahli parlimen yang akan mengundi untuk menolak Ismail.

“Keputusan akhirnya tetap seorang perdana menteri daripada Umno,” katanya lagi.

Pua slams Wee over mySalam scheme polemic

Tony Pua

Dua hari lalu, Ahli Parlimen Damansara Tony Pua berkata PH sedia untuk menerima perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) dengan Ismail Sabri, dengan syarat dia membuat tawaran serupa seperti yang dicadangkan Muhyiddin.

Antara yang dicadangkan adalah had memegang jawatan perdana menteri kepada dua penggal, peruntukan sama buat semua ahli parlimen dan penggubalan undang-undang antilompat parti.

Bagaimanapun, Ketua Setiausaha PH Saifuddin Nasution berkata kenyataan Pua itu “terlalu awal” dan proses rundingan baru saja bermula.

Katanya, rundingan antara kerajaan dengan PH bukan melibatkan perjanjian CSA tetapi “lebih kepada satu persefahaman demi kebaikan rakyat”.

PH telah menubuhkan jawatankuasa kerja berkaitan rundingan tersebut dan sebarang keputusan akhir akan diputuskan Majlis Presiden PH, katanya lagi.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/589102

BACA JUGA : Panas !!! Oktober bakal jadi penentu ‘hidup mati’ kerajaan baru

COMMENTS

Wordpress (0)