“Skandal di Balai Polis”

“Skandal di Balai Polis”. Beberapa pegawai polis dipecat dan digantung tugas selepas siasatan mendapati mereka melakukan hubungan seksual walaupun ketika bertugas dan di balai polis.

Mirror UK melaporkan, siasatan dilakukan terhadap Jabatan Polis La Vergne di Tennessee, Amerika Syarikat (AS) selepas menerima aduan daripada Datuk Bandar La Vergne, Jason Cole.

Menurut laporan penyiasatan, Datuk Bandar menghubungi jabatan sumber manusia polis dan memetik sumber yang tidak dinamakan dalam mendedahkan perkara itu.

"Skandal di Balai Polis"

Difahamkan, seorang pegawai wanita menjalinkan hubungan intim dengan pegawai lelaki jabatan yang sama, termasuk dengan salah seorang isteri pegawai, dakwa sumber berkenaan.

Datuk Bandar juga memetik maklumat mengenai pesta tab mandi panas di rumah seorang sarjan.

Salah seorang pegawai lelaki terbabit dalam siasatan turut melaporkan kebimbangan serius mengenai kesihatan mental pegawai wanita itu.

Baca Artikel Penuh