Situasi CAC Shah Alam masih penuh sesak. Peningkatan kes di Selangor menyebabkan Pusat Penilaian Covid-19 di Stadium Malawati terus dikunjungi orang ramai dalam mendapatkan penilaian kesihatan.
CAC Stadium Malawati tersebut mula beroperasi pada 8 Februari lalu bagi menggantikan CAC Dewan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di SS15 dengan mampu menampung sehingga 1,500 pesakit.
Berdasarkan tinjauan Kosmo! mendapati orang ramai didapati telah menunggu di bawah khemah ketibaan sejak pukul 6 pagi walaupun CAC itu dibuka pukul 9 pagi.
Hasil tinjauan juga mendapati pelbagai keadaan pesakit tiba di CAC termasuklah bayi, kanak-kanak dan warga emas, pekerja kilang malah ada yang kelihatan uzur ketika sedang beratur menunggu giliran sebelum masuk ke dalam ruang penilaian.
Seorang ‘pengunjung’ CAC mahu dikenali Azman memberitahu, dia hadir ke CAC itu pukul 12.30 tengah hari tadi dalam mengetahui status kesihatannya.
“Ramai suka datang sini sebab CAC besar walaupun terpaksa beratur panjang,” katanya.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebelum ini dipetik berkata, beliau akan berbincang dengan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman dalam menambah baik kemudahan CAC tersebut.
“Kalau CAC, ramai hanya ingat Stadium Malawati walaupun di setiap daerah ada CAC sendiri.
“Prosesnya sama itu memberikan dan memotong gelang (pink) dan penilaian lain termasuk keperluan butiran. Kalau pergi CAC lain silap-silap jangka masanya lebih pendek,” jelasnya.
Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/07/12/ramai-serbu-cac-stadium-malawati/
BACA JUGA : Semakin ramai ibu mengandung positif covid-19