Siti Zailah Nafi Wujud Gesaan Pramugari Tutup Aurat

Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga Datuk Siti Zailah Mohd Yusof menafikan tuduhan kononnya Dewan Muslimat PAS menuntutnya memenuhi janji melaksanakan peraturan pemakaian pramugari patuh syariah.

Jelas Siti Zailah, tuduhan itu yang kini tular di media sosial adalah fitnah yang sengaja dimainkan pihak tertentu.

Ketika ini, tular di media sosial poster gambar Siti Zailah dengan latar belakang kata-kata gesaan muslimat PAS yang meminta beliau mengenakan peraturan pramugari wajib menutup aurat.

Siti Zailah pada 2018 pernah mengajukan soalan di parlimen mengenai pakaian seragam pramugari yang dianggapnya menjolok mata.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke pada ketika itu berkata, setiap syarikat penerbangan bebas memilih pakaian korporat masing-masing.

Berita Penuh : https://www.projekmm.com/news/berita/2020/03/11/timbalan-menteri-nafi-wujud-gesaan-pramugari-tutup-aurat/1845462

COMMENTS

Wordpress (0)