Sinovac, AstraZeneca dapat kelulusan bersyarat dos penggalak

Vaksin CoronaVac (Sinovac) dan AstraZeneca telah mendapat kelulusan bersyarat sebagai dos penggalak bagi individu berusia 18 tahun dan ke atas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dos penggalak bagi vaksin AstraZeneca akan diberikan selepas enam bulan daripada penerimaan dos kedua manakala bagi vaksin CoronaVac, dos penggalak akan diberikan selepas tiga hingga enam bulan daripada dos kedua.

Sinovac, AstraZeneca dapat kelulusan bersyarat dos penggalak

Pemberian dos penggalak bagi kedua-dua produk vaksin itu kepada kumpulan sasar tertentu akan diperincikan oleh Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Penggalak (CITF-B).

“Pemberian dos penggalak bagi kedua-dua produk vaksin ini kepada kumpulan sasar tertentu akan diperincikan oleh Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Penggalak (CITF-B) dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan.

BERITA LANJUT MENYUSUL

BACA JUGA : Projek paling tak berguna : Forest City Johor tersenarai
Amaran !!! Asteroid bersaiz melebihi London Eye hentam orbit Bumi Sabtu ini

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Sinovac, AstraZeneca dapat kelulusan bersyarat dos penggalak […]