Singapura ‘serap’ doktor dari Malaysia bertugas di pusat rawatan Covid-19

Sebuah kumpulan hospital di Singapura menghantar mesej melalui media sosial mempelawa pegawai perubatan dari Malaysia bekerja di sana atas dasar kontrak, susulan peningkatan kes Covid-19 di republik itu.

Selain menawarkan gaji munasabah yang menarik berdasarkan pertukaran mata wang ringgit, pengiklan itu berkata, semua dokumen yang diperlukan untuk doktor Malaysia bekerja di Singapura akan dipercepatkan.

Singapura 'serap' doktor dari Malaysia bertugas di pusat rawatan Covid-19

HMI group berkata, kuarantin, permit kerja dan lesen Majlis Perubatan Singapura akan dipercepatkan supaya doktor dari Malaysia boleh mula bekerja dengan segera. (Gambar AP)

“Kuarantin, permit kerja dan lesen Majlis Perubatan Singapura akan dipercepatkan supaya mereka boleh memulakan kerja dengan segera. Graduan yang bukan berasal dari sekolah perubatan yang diluluskan oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) juga boleh memohon,” menurut mesej tular itu sambil menambah mereka yang berminat perlu mempunyai sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman.

Semakan dengan individu untuk dihubungi yang dinamakan dalam mesej itu mengesahkan tawaran berkenaan daripada HMI Group, iaitu penyedia perkhidmatan kesihatan swasta serantau dengan kehadiran di Singapura, Malaysia dan Indonesia.

Menurut terma tawaran itu, pegawai perubatan akan dibayar gaji bulanan SGD3,500 (RM10,796) untuk kerja empat hari dengan syif 12 jam.

“Oleh itu, SGD300 (RM925) akan dibayar bagi tambahan setiap syif 12 jam untuk bulan itu. Tambahan SGD10 (RM30) akan dibayar bagi setiap rundingan ‘telemedicine’.”

HMI berkata, kontrak itu untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan dengan kemungkinan tempoh lebih lama berdasarkan prestasi doktor.

“Mereka perlu bersedia untuk merawat pesakit Covid-19 di hospital. Latihan dan PPE akan diberikan. Bantuan bagi perumahan juga akan disediakan.”

Seorang doktor yang menghubungi pengiklan itu diberitahu, pegawai perubatan akan ditugaskan di kemudahan rawatan dan pusat pemulihan Covid-19.

Menurut Kementerian Kesihatan Singapura, terdapat 1,651 pesakit sedang dirawat di hospital, dengan 327 daripadanya memerlukan bantuan oksigen dan 66 lagi di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/10/18/singapura-tarik-doktor-malaysia-bertugas-di-pusat-rawatan-covid-19/

BACA JUGA : Setelah gagal dibawa pulang, Sajat kembali beraksi di media sosial

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)