Singapura dah laksana solat Jumaat dua sesi, Malaysia baru nak fikir

Singapura dah laksana solat Jumaat dua sesi, Malaysia baru nak fikir

Semalam Ismail Sabri berkata Kerajaan akan memikirkan jika Solat jumaat dilakukan lebih dari satu sesi.. Untuk Pengetahuan Ismail Sabri di Singapura.. sejak minggu lepas Mufti Singapura dah diumumkan Solat Jumaat Di Singapura akan dilakukan sekurang kurangnya 2 Sesi…

Dalam Kenyataan Mufti Singapura,Dr Nazirudin Mohd Nasir, dia membuka ruang soal jawab.. lalu menfatwakan gugurnya kewajipan Solat Jumaat bagi seorang muslim, bagi yang tidak diberi kesempatan.. Jelas.. Kat Sini takda Sorang Mufti, atau Menteri Agama adakan soal jawab, Melainkan pengumuman ala pemegang mohor besar Raja Raja umumkan tarikh lihat anak bulan…

Malangnya di Malaysia baru nak fikir, Kita ada Seorang Menteri Agama datang dari kalangan Mufti.. ada 14 Mufti, ada ratusan ribu pegawai JAKIM dan Majlis Agama..belum masuk alim Ulama kononnya dalam pentadbiran hat jadi menteri..Sorang pun tak mampu berfikir.. yang depa dok fikir dan sibuk, hukum main game PUBG, Pokemon dengan guna faceApps..

Bayangkan setiap kali dibangkitkan soal SOP, kelonggaran untuk solat..Setiap tu kata kami akan kaji.. Dimana kemampuan berfikir mereka.. Di Singapura pada bila bila masa orang boleh datang Solat, ada pegawai dan petugas..Musafir dan orang awal yang ada kerja diluar.. Di Malaysia..masih ada orang terpaksa solat luar Masjid dan hampir 3 Bulan… depa dok bincang jumlah jamaah, dan ada waktu untuk Solat..

Di Singapura.. Bukan sahaja pendaftaran dibuat secara online untuk Solat..Malah ada sistem.. Ada teknologi canggih untuk daftar hanya menggunakan IC atau Apps.. SOP depa lagi canggih dari Mall..Masjid kat Malaysia, tahap Masjid Negeri Ipoh.. depa urus SOP Masjid macam urus pasar Ayam.. nak buka kawasan parking pun takut..

Punya lah lekeh kalangan pegawai Jabatan dan majlis Agama..Sembang bab Hukum bukan main hebat..Debat sana sini..Gaji tiap tiap bulan beribu..Bila sampai nak melaksanakan Agama, Maslahah Ummah..
Inilah aku kata.. beza antara Alim dan Faqih.. Orang yang Faqih akan memberi Manfaat bukan hanya untuk Agama tetapi manusia.. đŸ™‚

Ipohmali

Sumber :