Sindiket tipu pakej pelancongan Langkawi, sudahlah tipu duit lagi mahu hantar santau

Langkawi

Sindiket tipu pakej pelancongan Langkawi, sudahlah tipu duit lagi mahu hantar santau.Sudahlah wang pelanggan dikebas, sindiket penipuan pakej pelancongan ke Pulau Langkawi bertindak mengugut menghantar santau kepada mangsa apabila mereka meminta kembali wang yang dimasukkan ke akaun penipu terbabit.

Menawarkan harga pakej pada harga murah dan tidak munasabah, sindiket aktif di Facebook tersebut dipercayai memperdaya ramai rakyat negara ini yang ingin melancong ke Pulau Langkawi, Kedah sempena projek rintis gelembung pelancongan bermula 16 September lalu.

Sindiket itu juga dipercayai menggunakan gambar dan nama orang lain serta melibatkan lebih daripada seorang kerana mangsa berurusan dengan beberapa individu semasa mahu membuat tempahan.

Seorang mangsa dari Nilai, Negeri Sembilan, Mustaqim Arshad, 27, mendedahkan kepada Utusan Malaysia, dia menemukan Facebook sindiket tersebut yang didakwa menggunakan nama ‘Puteri Shafiqah Iqah’ pada 11 September lalu dan terus bertanyakan mengenai pakej ke Pulau Langkawi.

Katanya, sindiket tersebut menawarkan pakej bilik hotel, kereta sewa, naik bot ke pulau dan menaiki ‘bot pisang’ pada harga RM280 untuk empat orang selama tiga hari dua malam yang mana tawaran adalah terhad untuk hari itu sahaja.

tipu

“Saya beritahu hanya mahu pergi dua orang dan mereka cakap boleh. Saya juga perlu tambah RM50 kerana memilih Malibest Resort
.
“Jadi, pada hari yang sama saya sudah membayar RM150 untuk deposit dan kemudian mereka minta bayaran separuh sehingga RM240. Bagaimanapun, pada malam hari yang sama, mereka minta bayaran penuh kerana hotel mahukan bayaran penuh.

“Keesokan harinya setelah membuat bayaran penuh barulah saya betul-betul terdetik yang ini adalah ’scam’. Apabila menghubungi hotel baru tahu yang memang agensi tersebut tidak wujud,” katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu, Mustaqim yang merupakan pekerja kilang memberitahu, apabila dia mahu semula wang, sindiket itu sebaliknya meminta memasukkan lagi wang sebanyak RM100 selain diugut.
“Saya ada minta balik duit itu, mereka cakap boleh tapi kena masukkan RM100 lagi. Bila saya beritahu yang saya sudah tiga kali masukkan duit, mereka pula marah saya dan mengugut nak hantar santau.

“Mereka hantar gambar saya dan gambar berbentuk sihir. Selepas itu, saya terus sekat Facebook tersebut dan buat laporan polis di Balai Polis Nilai, Rabu lalu,” ujarnya.

Menurutnya, laporan tersebut dibuat supaya sindiket ini dapat ditumpaskan dan tidak ada lagi yang terperdaya sepertinya.

sumber:

BACA: Panas !!! Pegawai SPRM curi AS$6 juta wang kes siasatan, ini penjelasan Polis

COMMENTS

Wordpress (0)