Siapa sangka batu penyendal pintu ini bernilai lebih RM400,000

Siapa sangka batu penyendal pintu ini bernilai lebih RM400,000.Ingatkan batu biasa-biasa tapi rupanya bukan! Seorang lelaki telah menggunakan sebuah batu sebagai penyendal pintu di rumahnya selama 30 tahun. Namun terdetik di hatinya satu hari bahawa batu tersebut kelihatan sedikit pelik dan tidak kelihatan seperti batu-batu yang biasa dia jumpa sepanjang hidupnya.Batu Penyendal Pintu Digunakan Selama 30 Tahun Bernilai RM422,000

Akhirnya lelaki yang berasal dari di Michigan itu pun membuat keputusan untuk bertanyakan ahli geologi mengenai batu yang digunakannya sebagai penyendal pintu selama ini. Alangkah terkejutnya dia apabila mengetahu identiti dan nilai ‘batu’ itu yang mencecah USD100,000! (RM422 Ribu).

Lelaki yang tidak ingin didedahkan identitinya itu berkata, dia berjumpa dengan Mona Sirbescu, Profesor dan Ahli Geologi di Universiti Central Michigan untuk memeriksa batu tersebut.

Siapa sangka batu penyendal pintu ini bernilai lebih RM400,000

Batu Penyendal Pintu Digunakan Selama 30 Tahun Bernilai RM422,000

“Batu itu adalah batu yang paling berharga yang saya pernah pegang seumur hidup. Berharga dari segi ekonomi dan sains,” katanya menurut laporan portal Newsweek.

Lleaki tersebut difahamkan membeli tanah pertanian di Edmore, 48 kilometer dari barat daya Mount Pleasant pada tahun 1988.

Batu Penyendal Pintu Digunakan Selama 30 Tahun Bernilai RM422,000

Siapa sangka batu penyendal pintu ini bernilai lebih RM400,000

Selama 30 tahun lebih, batu ini digunakan oleh lelaki ini sebagai penyendal pintu di rumahnya.

Batu itu diberikan oleh seorang penjual hartanah yang mendakwa melihat ada meteor jatuh dari langit di tanah itu pada tahun 1930-an.

Beberapa tahun kemudian lelaki itu pindah ke tempat lain dan batu tu masih disimpan. Dia tidak mengetahui bahawa batu itu berharga setelah melihat ada meteor melintas di langit Michigan pada Januari, yang menyebabkan gempa bumi kuat, menurut US Geological Survey.

Batu Penyendal Pintu Digunakan Selama 30 Tahun Bernilai RM422,000

Batu Penyendal Pintu Digunakan Selama 30 Tahun Bernilai RM422,000

Ketika menunjukkan batu itu kepada Mona, profesor itu terus mengetahui bahawa batu itu adalah sejenis batu yang istimewa. Setelah diuji, Mona mendapati batu meteor itu mengandungi 88 peratus nikel besi dan 12 peratus nikel yang jarang ditemui di bumi.

Susulan daripada pendedahan tersebut, Smithsonian Institution dan juga muzium mineral di Maine mahu membeli batu meteor tersebut yang kini dikenali sebagai ‘ Edmore’.

Batu ‘Edmore’ tersebut dikatakan bernilai USD100,000 iaitu lebih kurang RM422 Ribu.

Dikatakan 10% daripada hasil hasil jualan ‘batu’ tersebut diberikan kepada Universiti Central Michigan mengikut persetujuan pemiliknya.

BACA JUGA : Dilarang keras simpan 10 barang ini dalam kereta
Guru Besar kesal tak luluskan cuti cikgu, isteri meninggal ketika lahir anak pertama tanpa suami disisi
Hanya seorang individu boleh tamatkan tugas saya iaitu YDP Agong – Azam Baki

Artikel ini disiarkan pada 13/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)