Ramai menteri, MP, ahli Bersatu hairan mamat ini datang dari mana ?
Siapa dia ?
Sebab apa TSMY lantik dia jadi menteri kanan ?
Semb*r*t yang belum bersihkan nama nya pun dilantik menteri kanan paling kanan.
Mamat ini bukan MP. Kalah bertanding, rakyat tak suka.
MP Bersatu yang menang bertanding, pengasas-pengasas dan pejuang-pejuang awal Bersatu jadi seperti melukut di tepi gantang.
Banyak jawatan kabinet dan GLC disapu bersih olih UMNO, PAS dan MCA.
Kerajaan-kerajaan negeri yang ditawan Bersatu dikianati dan diruntuhkan olih Presiden (Penaja) Bersatu sendiri.
TSMY hanya dijanjikan sebagai PM jangka pendek. PRU15 nanti Bersatu tidak ada tempat untuk bertanding. Maka berkubur tanpa batu nisan.
Ini lah antara sebab nya ramai MP dan ahli Bersatu mula tersedar.
Ramai juga MP dari parti-parti lain akan tinggalkan kerajaan PN. Mereka tidak nampak dan tidak yakin dengan arah tuju dan masa depan kerajaan PN.
Sebenar nya PN pun tidak berdaftar dengan sah. Hanya ikatan yang longgar sehingga PRU15 sahaja.
Sumber: