Siapa di belakang syarikat majukan Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Utara?, Soal pemimpin Pas

Siapa di belakang syarikat majukan Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Utara?

Hari Kemerdekaan negara ke 64 diraikan di Selangor dengan sekali lagi terputusnya bekalan air melibatkan 463 kawasan akibat pencemaran bau yang dikesan di stesen pam air mentah di Jenderam Hilir.

Namun itu bukanlah kemuncak nestapa di negeri ini.

Selain air terputus yang menjejaskan kehidupan rakyat yang sudah sedia tertekan dengan pandemik Covid 19, ada satu lagi bencana besar yang bakal menimpa negeri ini akibat kerakusan kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH).

Kerajaan negeri PH telah meluluskan dalam mesyuarat MMKN bertarikh 5 Mei 2021 penyahwartaan Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Utara seluas 536.7 hektar untuk dibangunkan sebagai ‘mixed commercial development’ oleh sebuah syarikat iaitu Gabungan Indah Sdn Bhd.

Siapa di belakang syarikat majukan Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Utara?, Soal pemimpin Pas

Pupuslah hutan paya gambut atau ‘peat swamp forest’ Selangor yang keluasannya sebesar 70 Stadium Bukit Jalil yang akan memusnahkan biodiversiti hutan berkenaan dengan simpanan flaura dan fauna yang endemik.

Selain juga memusnahkan tanah adat turun-temurun suku Orang Asal Temuan.

Malaysia menguasai 11 peratus daripada hutan paya gambut dunia dan dengan kelulusan ini Kerajaan PH menyumbang ke arah pupusnya keluasan hutan itu.

PH dan Kerajaan Negeri perlu membatalkan hasat ini dan mengekalkan status hutan simpan ini demi masa depan generasi akan datang.

Siapakah di belakang Gabungan Indah Sdn Bhd sehingga mereka diberikan keistimewaan menggondol dan memperkosa tanah hutan negeri berusia ribuan tahun semata-mata kerana mahu meraih keuntungan?

PH tidak boleh dilepaskan dengan kerakusan yang cukup tidak bertanggungjawab ini. Menteri Besar dan Ahli Exconya perlu menjawab kepada rakyat atau diturunkan sebelum merela dihukum dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti.

Bebaskan Selangor dari PH!

Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir
Setiausaha PAS Selangor

Berita Penuh : https://www.agendadaily.com/rencana/siapa-di-belakang-syarikat-untuk-majukan-hutan-simpan-kekal-kuala-langat-utara/

BACA JUGA : Ajaran sesat PMYT, Polis mula kesan individu terlibat