Siapa bantu Sajat hingga boleh lolos sempadan negara?

Polis sedang menyiasat dakwaan terdapat individu yang membantu Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat sehingga usahawan kosmetik itu berjaya meloloskan diri ke Thailand.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, polis akan menjalankan siasatan menyeluruh sekiranya maklumat yang mendakwa ada individu yang membantu Sajat membolosi sempadan negara hingga ke Thailand itu benar.

Siasatan dan maklumat itu nanti juga akan diserahkan kepada pihak berkuasa bagi menentukan kaedah supaya sempadan tidak mudah dibolosi.

Siapa bantu Sajat hingga boleh lolos sempadan negara?

“Kita tidak mahu lagi kejadian yang berlaku kepada Nur Sajat yang berjaya bolos di sempadan negara bolos (berulang) lagi.

“Jadi hasil siasatan dan maklumat itu akan diberi kepada pihak berkuasa di sempadan bagi mengelak kejadian sama berulang,” katanya kepada wartawan di sini hari ini.

Jelasnya, Sajat kini sudah dituduh oleh pihak berkuasa Thailand atas Akta Imigresen namun dia memohon taraf pelarian Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

Polis Thailand juga sedang berusaha membolehkan Nur Sajat dianggap sebagai pelarian di Thailand.

Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berusaha bersama pihak Kementerian Luar Negeri dan Pejabat Peguam Negara untuk proses membawa pulang Nur Sajat.

Media tempatan sebelum ini melaporkan, misteri ‘kehilangan’ usahawan Nur Sajat terjawab apabila dia dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu hasil maklumat pihak berkuasa Malaysia.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bukit-aman-siasat-siapa-dalang-bantu-sajat-lolos-hingga-ke-thailand-320934

BACA JUGA : Panas !!! Sajat cabut lari naik kontena

COMMENTS

Wordpress (0)