Siap sedia hadapi gelombang kedua banjir – PM

Muhyiddin

Siap sedia hadapi gelombang kedua banjir .Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seluruh rakyat harus berwaspada dengan ketidaktentuan cuaca sepanjang bulan ini.

Perdana Menteri berkata, menurut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia, luruan monsun akan berlaku pada 27 hingga 29 Disember ini, yang mana hujan berterusan dijangka berlaku di Sabah Timur dan Sarawak Barat.

Menurutnya, beliau telah mengerahkan semua agensi bertanggungjawab sentiasa bersedia dan berwaspada sekiranya menghadapi gelombang kedua.

Pasukan keselamatan juga telah diletakkan secara strategik di kawasan-kawasan berisiko tinggi.

”Orang ramai diminta berjaga-jaga kerana angin kencang dan laut bergelora turut diramal berlaku di perairan Laut China Selatan termasuklah kawasan perairan Pantai Timur Semenanjung mulai 26 hingga 29 Disember 2021.

”Bersama-sama kita bersedia menghadapi sebarang dugaan dan mengambil iktibar dari pengalaman sebelum ini,” katanya dalam hantaran di Facebook.

BACA:

Banjir : Agensi kerajaan lambat, NGO mendahului sampai sumbangan – KPN
Anwar sedia lepas jawatan untuk muka baru terajui parti
Tanpa arahan NADMA, tentera nekad turun bantu mangsa banjir, ini penjelasan panglima tentera

Artikel ini disiarkan pada 24/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)