Shuk Sahar luah rindu nak masuk TV buat ‘comeback’

Shuk Sahar luah rindu nak masuk TV buat ‘comeback’. Pelawak Shuk Sahar meluahkan rasa rindu untuk kembali aktif sebagai anak seni dalam bidang komedi serta pengacaraan.

Rindu kerjaya sebagai anak seni

Menerusi hantaran di Instagram (IG), terdapat individu yang bertanya kepadanya sama ada rindu atau tidak untuk membuat lawak serta menjadi pengacara.

Ada orang tanya Shuk tak rindu ke nak melawak lagi? Shuk tak rindu ke nak hosting lagi? Shuk tak rindu ke nak buat comback?

Ujar pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar, dia sangat merindui kerjayanya yang dahulu serta berborak dengan rakan-rakannya ketika menjadi penyampai radio.

Shuk Sahar luah rindu nak masuk TV buat 'comeback'

Sumpah aku rindu. Rindu nak melawak, rindu nak hosting, rindu nak bercakap dengan kawan-kawan dalam radio.

‘Buka buku baru’

Shuk Sahar luah rindu nak masuk TV buat 'comeback'

Shuk Sahar luah rindu nak masuk TV buat 'comeback'

Shuk Sahar luah rindu nak masuk TV buat 'comeback'

Menjengah ke ruangan komen, rakan artis serta peminat turut memberi kata-kata semangat kepada pelawak berusia 36 tahun itu. Malah, ada juga di antara mereka yang meminta untuk Shuk membersihkan namanya terlebih dahulu sebelum memasuki industri seni semula.

BACA:

Dakwaan guna kabel ayah dapat jadi askar, ini jawapan Dafi

Sherry Alhadad dan Imran Ajmain sesuai bersama, peminat harap kekal

Pesan bekas isteri kepada DDNK lepas nikah baru buat semua terkejut