Shuib berdepan masalah baru pula, badan dah makin susut tapi..

Shuib berdepan masalah baru pula, badan dah makin susut tapi..”Saya berdepan masalah selera makan yang teruk. Patutnya apabila berpuasa kita lapar, tapi saya tiada selera makan.

Demikian kata pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi dan penyampai radio, Shahmira Muhamad, 37, atau Shuib mengenai cabaran yang dilalui dirinya sejak kebelakangan ini.

“Saya pun tak tahu kenapa perkara ini terjadi. Sebelum ini, memang ada masalah selera makan hingga menyebabkan saya turun berat badan. Harap lepas ambil suplemen kesihatan, saya akan kembali okey,” katanya.

Mengulas lanjut Shuib berkata dia tidak berdepan sebarang kesukaran untuk mengejutkan anak-anaknya bangun bersahur bagi menunaikan ibadah puasa.

“Seminggu sebelum menyambut ketibaan Ramadan anak-anak sudah mula berasa teruja untuk menunaikan ibadah puasa.

“Alhamdulillah setakat ini saya tiada masalah untuk kejutkan mereka bangun sahur. Malah, mereka juga bersemangat nak bantu saya seperti mengemas rumah, teman saya ke pasar atau bazar Ramadan.” katanya bercakap secara maya bagi mempromosikan program terbaharu berjudul Diari Daddy yang kini bersiaran di TV3 bermula 2 April lalu.

Shuib bersama anak-anaknya.

Menurut Shuib, sambutan Aidilfitri kali ini akan diraikan secara sederhana bersama anak-anak sebagai kemenangan mereka berpuasa sepanjang tempoh Ramadan.

“Kalau cakap fasal raya saya memang belum ada apa-apa perancangan. Kalau ada pun semuanya untuk anak-anak… sekadar nak raikan kemenangan mereka berpuasa selama 30 hari nanti.

“Tahun ini saya ada beritahu mereka untuk cuba menahan diri berpuasa selama 30 hari memandangkan tahun lalu ada satu atau dua hari yang mereka tinggal puasa.

“Perancangan nak beli baju raya anak-anak semua belum ada lagi. Tapi saya merancang untuk bawa anak menyambut Ramadan di kampung halaman kerana suasananya lebih berbeza dan seronok,” katanya.

Dalam pada itu, program Diari Daddy menceritakan mengenai rutin harian keluarga Shuib bersama empat cahaya matanya. Ia memaparkan bagaimana Shuib membahagikan masa antara kerja dan waktu bersama anak-anak.

Kata Shuib, sepanjang sesi penggambaran dia dan anak-anak tidak berdepan sebarang cabaran memandangkan masing-masing kini lebih berani di depan kamera.

“Apabila saya beritahu mereka bakal terbabit dengan sebuah penggambaran, anak-anak sangat teruja dan mengikut segala arahan pada sesi penggambaran dilakukan.

“Masing-masing sudah memahami komitmen kerja yang perlu dilakukan. Alhamdulillah tiada cabaran besar yang berlaku ketika sesi penggambaran dijalankan,” katanya.

Diari Daddy akan ditayangkan selama lima episod pada setiap hari Sabtu jam 5.30 petang di TV3.

TONTON :

BACA:

Bell Ngasri tak puas hati dijadikan ikon tak puasa

KKM beri amaran, jangan bawa anak kecil ke bazar ramadhan

Amyra Rosly ada penyakit ‘misteri’, doktor tak tahu punca

CATEGORIES