Shuhada dikecam jual biskut harga RM179 satu set, “ni betul-betul ambik kesempatan ni”Ramai yang mengambil inisiatif untuk memulakan perniagaan zaman sekarang
Iyalah, dengan wujudnya pelbagai platform untuk mempromosikan macam-macam produk, ramai yang mengambil peluang ini untuk mencari side income.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi,
Shuhada Sukri menjual biskut harga kayangan telah menerima kecaman ramai.
Jual satu set biskut dengan harga RM179
Menerusi video berkenaan, kelihatan Shuhada sedang membuat live di platform Instagramnya. Dia dilihat sedang mempromosikan produk barunya.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila dia menjual set cookies bersama dipping sauce dan crumbs dengan harga tidak mampu milik. Harga satu set biskut tersebut ialah RM179.
@faesecretSatu Tak Cukup Shelup Shelup By Shuhada Shukri🍪
Ramai yang ingin support dan membelinya tetapi tidak berkemampuan kerana harganya yang mahal dan tidak berbaloi.
“Biskut apa tu mahal sangat? Saffron ke?” – Netizen
@faesecret Sampai 15 hb ni je #ShelupShelup #SatutakCukup #shuhadashukri ♬ the one that got away – el
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 46K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
BACA:
Terbongkar juga akhirnya! Zul Ariffin dan Ruhainies sebenarnya dah kahwin, ini ceritanya