Shila Amzah umum tak nak kahwin pula? Rupanya ini yang Ubai buat.
Umum mengetahui penyanyi Shila Amzah kini menjalin hubungan cinta dengan pempengaruh media sosial Ubai dan kisah mereka sering menjadi perhatian.
Baru-baru ini, tular video di TikTok memaparkan penyanyi itu membuat sesi live bersama kekasihnya dilihat sedang berbual di sebuah lokasi.
Apa yang menjadi perhatian, Ubai berkata ‘door gift’ sudah ditempah dan mereka bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.
“Doorgift dah tempah, nak sponsor ke? Kami akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Sponsor-sponsor boleh masuk, doorgift ke pelamin,” katanya.
Bagaimanapun, Shila meminta netizen supaya mengendahkan kata-kata Ubai itu serta memberitahu dia mahu berkahwin pada hari Sabtu.
Dalam pada itu Shila berkata dia tidak mahu berkahwin selagi kekasihnya tidak melamar dengan cara yang betul.
@hypemalaysiaHold up! Are Shila Amzah and Ubai Mz actually tying the knot this weekend? ♬ original sound – Hype Malaysia
“Jangan dengar cakap Ubai ni, kitaorang nak kahwin hari Sabtu. Tapi selagi Ubai tak lamar betul-betul saya tak akan kahwin dengan awak, mudah,” katanya.
BACA: “Tiada laluan istimewa walaupun penceramah itu dikenali popular” – Pengerusi MAIS
Apa akan jadi kalau bina kondo baru di kawasan Highland Tower? Ini jawapan pakar