Shila Amzah beri bayangan dah dicop orang, mungkin naik pelamin lagi. Pelakon dan penyanyi, Shila Amzah menjawab soalan panas peminat mengenai kisah peribadinya, sewaktu berkongsi pautan NGL (Not Gonna Lie) di Instagram miliknya.
Dalam soalan itu, ada yang bertanyakan adakah dirinya baik-baik sahaja jika diambil sebagai isteri kedua dan hidup bermadu.
“Are you okay kalau diambil sebagai isteri kedua dan hidup bermadu?-Soal peminat tersebut
Mahu Elakkan Diri Dari Bermadu
Shila kemudian memberitahu bahawa seboleh-bolehnya dia mahu mengelakkan diri daripada hidup bermadu.
“Setakat ini my answer is no, saya tak tau la masa depan macam mana. Tapi kalau saya boleh elak saya akan sebolehnya elak.”-Jawab Shila
via Instagram Shila Amzah
“Saya Telah Menambahkan Individu Baru Dalam Senarai”
Tambahnya lagi, Shila juga dilihat memberi ‘hint’ seakan sudah berpunya ketika disoal oleh peminat tentang individu kegemarannya.
“Selain dari anak lelaki saya, saya telah menambahkan individu baru dalam senarai. Tetapi saya tidak boleh memberitahu anda.”-Jelas Shila
Sudah Terbuka Hati Untuk Berkahwin
Dalam pada itu, peminatnya di Instagram turut bertanya padanya adakah dia sudah terbuka hati untuk berkahwin semula.
“Dah terbuka tapi bukan sekarang.”-Kata Shila
BACA:
Bergelar janda, Shila Amzah luah rasa terkilan
Selepas lalui detik hitam 7 tahun lalu, Shila Amzah akhirnya mohon maaf kepada media
Tudung Nelydia Senrose dah ‘terbang’?