Shiela Rusly kena hempap dengan Bola Boling di muka

Shiela Rusly kena hempap dengan Bola Boling di muka

Penerbit dah pengarah, Jinggo menceritakan detik cemas saat isterinya yang juga pelakon, Sheila Rusli terlibat dalam kemalAngan selepas dihempap bola boling sewaktu sesi pengambaran drama, Ratu Ten Pin musim ke-2.

Menurut Jinggo atau nama sebenarnya Azman Yahya, ketika dia menyaksikan kejadian tersebut, hatinya berasa amat risau saat melihat isterinya terbaring selepas dihempap bola seberat hampir enam kilogram itu.

Shiela Rusly kena hempap dengan Bola Boling di muka

“Hanya Allah je tahu bertapa sed1hnya i bila tengok bola 13lb jatuh kat muka you,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsiakan sendiri oleh bapa kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Video berdurasi hampir satu minit itu memaparkan Sheila yang sedang memegang bola boling terjatuh daripada kerusi roda sewaktu menuju ke pelantar.

Ketika kejadian tersebut, para pelakon yang terlibat dengan drama Ratu Ten Pin musim ke-2 difahamkan sedang menjalani latihan boling berkerusi roda.

Jinggo turut menambah, isterinya itu juga turut mengalami kecedEraan sehingga menyebabkan pendarahan di bahagian bibirnya.

Katanya lagi, dia turut berasa kagum dengan kekuatan dan semangat yang ditunjukkan oleh Sheila selepas kejadian tersebut.

“Darah dekat bibir you I tahu you tahan sakit tapi masa ni you bukan @sheilarusly_jspictures tapi you Mem Maria.

“Mem Maria is UNSTOPPABLE. Speedy recovery. babe,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut selain turut berharap agar Sheila segara diberikan kesembuhan. Sehingga kini, video berkenaan telah pun meraih lebih 70,000 jumlah tontonan.

Komen netizen:

Tonton:

Berita Lain:

Budak delivery pecut X50 hingga 180km/j sampai eksiden, berkecai impian nak merasa

Bil Aircond anda tinggi? Ini 6 tip untuk jimat yang wajib anda tahu

Video isteri curang dengan suami tular, terkantoi bila suami balik ambil barang

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)