Shell umum harga recharge kereta Ev buat orang ramai bingung

Shell dah umum harga recharge kereta elektrik. RM20 setiap 5 minit ( 25 minit pertama)

Tapi ada sorang COO tu abuse elektrik company charge kereta dia, tak bayar..

nak kira macam mana tu? Dia ingat dia COO boleh buat suka hati?

Haa.. jawab la kat akhirat nanti… dah la zalimi staff… acaner tu? Cer bahas sikit..

Shell umum harga recharge kereta Ev buat orang ramai binggung

Ia akan menempatkan 12 lokasi pengecasan di enam stesen minyak Shell yang terletak di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), bagi menawarkan kemudahan pengecasan kepada pemilik EV yang membuat perjalanan antara Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Menerusi kerjasama ini, enam buah stesen minyak Shell akan dipasang dengan kelengkapan pengecasan arus terus (DC) 180 kW yang boleh digunakan untuk mengecas EV sehingga 180 kW, atau dua buah kenderaan sekaligus pada kadar 90 kW setiap EV.

Setakat ini, ia akan dijalankan secara berperingkat dengan empat buah stesen sedia untuk digunakan menjelang separuh kedua tahun ini, dan dua buah lagi stesen pada separuh pertama tahun 2022.

Shell umum harga recharge kereta Ev buat orang ramai binggung

Negara jiran Singapura kini mempunyai sehingga 18 buah Shell Recharge 50 kW dan 87 pusat pengecasan umum Greenlots, dan dengan pengenalan rangkaian pengecasan baharu ini, ia akan menambah lokasi pengecasan bagi pemilik EV, termasuklah fasiliti pengecasan berprestasi tinggi 175 kW sedia ada di kesemua Porsche Centre di Malaysia.

Dengan menggunakan pengecasan 180 kW Shell Recharge, ia mampu mengecas bateri Porsche Taycan dari sifar kepada 80 peratus dalam masa 30 minit sahaja, dan memberikan jarak operasi sejauh 390 km (data WLTP).

Selain daripada itu, Shell turut turut memberikan manfaat tambahan kepada pemilik Porsche untuk ‘menempah’ slot pengecasan terlebih dahulu menggunakan aplikasi mudah alih dan menikmati harga istimewa untuk pembelian makanan dan minuman di kedai Shell Select.

Shell berazam stesen untuk memperluaskan lagi rangkaian pusat pengecasan EV kepada 500,000 buah minyaknya dipertingkatkan secara global menjelang tahun 2025, dan kerjasama dengan Porsche ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Shell untuk mempercepatkan transformasi menjadi pembekal produk tenaga sifar emisi.

Baca Juga : Tular dakwaan ‘berparang ugut keluarga’, ibu Daniel dedah cerita sebenar
AJK Masjid dedah 3 sebab mengapa mandikan remaja seperti jenazah

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)