Shamsul Ghau Ghau puji tindakan Fattah Amin tak buka aib Fazura

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Pelakon dan pelawak, Shamsul Ghau Ghau, 57, memuji tindakan Fattah Amin yang memilih untuk

Tidak mengulas lebih lanjut kemelut rumah tangganya bersama bekas isterinya, Nur Fazura.

Shamsul atau nama sebenarnya, Shamsul Azahar Alidin, berkata dia menyokong tindakan Fattah yang tidak membuka aib bekas isterinya.

“Saya tidak menyebelahi mana-mana, itu hal keluarga mereka. Tetapi sebagai lelaki, dalam rumah tangga ini,

kalau wanita sedang bercakap, biar dia bercakap dahulu. Kalau dua-dua nak bercakap, ia akan jadi kecoh.

Shamsul Ghau Ghau puji tindakan Fattah Amin tak buka aib Fazura

“Selepas isteri habis bercakap, barulah kita berikan penjelasan pula. Tak mengapa, kebenaran akan terbukti suatu masa nanti.

“Berdiam diri sekarang tidak bermakna kalah atau salah,” katanya menurut BH Online.

Sebagai lelaki lebih berpengalaman, Shamsul berkata, sekiranya kedua-dua pihak saling berlumba memberi kenyataan, ia kelak hanya mendatangkan kerugian serta mengundang lebih banyak kecaman dan tohmahan masyarakat.

“Ada orang yang suka ceritanya diketahui, pergi makan beritahu sampailah kisah ini pun nak tahu. Sebagai peminat pun lagilah nak tahu. Dulu kami memilih untuk simpan.

“Contohnya, seperti kisah Emma Maembong, tiada siapa tahu. Kenapa nak cerita buruk kepada orang? Benda itu rahsia, aib jangan dibuka. Kita nampak baik sebab apa?

“Sebab Allah tutup aib kita, bila Allah buka aib kita, buruk rupanya,” katanya.

Sebelum ini, Fazura secara terbuka mendedahkan sikap curang Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, menjadi salah satu punca dirinya menuntut cerai. Malah, pelakon itu turut menyebut beberapa faktor lain iaitu isu nafkah dan tiada persefahaman.

Isnin lalu, Fattah melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh pada pukul 9.45 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari selepas tujuh tahun hidup sebagai suami kepada Fazura.

Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 4

BACA: Patutlah mudah diserang ‘Anxiety’, ini 5 jenis makanan yang menjadi punca