Shahrir Samad sekolahkan Ahli Parlimen Umno.
Terdengar saya hujah dari kalangan MP UMNO/BN, terutama yang berjawatan, apabila ditanya pendirian mereka terhadap keputusan parti menarik sokongan daripada TS Mahiadin dan kerajaan PN bahawa akan terjemahkan pendirian mereka pada sidang parlimen awal September ini.
Maksudnya, parti sahaja tidak bolih menguasai mereka. Sebagai ahli parlimen, kononnya mandat mereka sudah melebehi dari pendirian parti dan merangkumi juga pendirian pengundi yang bukan ahli parti.
Hujah ini pasti bolih dibahas dan diteliti lagi.
Apa yang menarik bagi saya ialah apabila mereka berdepan dengan keputusan parti, mereka pula menekankan bahawa sidang parlimen adalah tempat sebetul-betulnya untuk menyatakan pendirian sokong atau tidak sokong.
Ianya menarik kerana sepanjang masa Parlimen digantung oleh kerajaan TSMY, tidak ada seorang pun yang merasa terkilan sangat kerana Parlimen tidak bersidang.
MKT UMNO jugalah yang bertegas supaya Parlimen bersidang.
Bukannya mereka yang berjawatan dalam kerajaan.
Tapi, ini semuanya sudah jadi soal akademik.
TSMY sudah hilang majoriti. Jemaah Menteri nya sudah pun patut letak jawatan.
Ianya sekarang sudah jadi soal Perlembagaan.
Tak patuh kepada parti, satu perkara.
Tak patuh kepada Perlembagaan Malaysia, satu hal yang besar.
Sumber :