“Setiap hari aku mimpi ada wanita nak ambil anak aku, sampailah satu hari tu aku mimpi, aku nampak muka kak ipar, rupanya ini plan dia!”

Lepas bersalin, perut aku masih tak kempis. Doktor pun pelik macam ada ‘baby’ lagi satu. Aku pergi berubat dengan banyak ustaz.

Yang peliknya setiap kali pergi berubat, kak ipar akan sibuk tanya nombor telefon ustaz yang merawat aku..

Wajah manis senyum tak lekang, rupanya dalam diam dengki dan cemburu. Bagai tak percaya keluarga sendiri yang hantar sihir pemisah kerana cemburu.

"Setiap hari aku mimpi ada wanita nak ambil anak aku, sampailah satu hari tu aku mimpi, aku nampak muka kak ipar, rupanya ini plan dia!"

Disihir ketika sedang mengandungkan zuriat yang pertama, dari awal trimester aku kerap mimpi benda yang kotor macam darah dan ular hitam.

Aku abaikan kerana aku ingat mimpi tu cuma mainan aku tak ambil serious. Sedangkan benda tu effect pada hubungan kami suami isteri. Suami yang dulu penyayang, suami yang sangat baik berubah menjadi baran. Tak boleh salah cakap pasti bertengkar.

Baca Artikel Penuh