“Setiap bulan adik bank in RM600 supaya aku bagi kat mak, mak tak tahu dengan duit adiklah mak berbelanja, yang mak tahu maki adik, anak tak kenang budi”

Aku ada enam orang adik beradik termasuk aku dan antara enam ini, aku cuma punya seorang adik perempuan bongsu.

Bila dikaitkan dengan bongsu, ramai yang beranggapan bahawa anak bongsu ni manja, keras kepala, keperluan dia mesti semua orang kena ikut.

Tak dinafikan bahawa adik perempuan bongsu aku juga sangat manja dengan abah dan di antara kami adik beradik, dia hanya manja dengan aku selaku abang Ngah dalam keluarga.

"Setiap bulan adik bank in RM600 supaya aku bagi kat mak, mak tak tahu dengan duit adiklah mak berbelanja, yang mak tahu maki adik, anak tak kenang budi"

Abah sering manjakan adik dan abah akan pastikan semua kemahuan adik dipenuhi.

Namun ini bukan alasan untuk abah tutup mata kalau adik bongsu aku buat salah. Kadang – kadang ditegur, dinasihati tapi tidak pernah sekali dipukuI. Mungkin sebab inilah adik terlalu manja dengan abah dan abah juga sangat sayang dekat adik. Maklumlah anak perempuan bongsu.

Baca Artikel Penuh