Setelah teruk dikritik judi kembali naik 22 kali, ulama Pas mula rasa tak selesa

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Mohd Nor Hamzah menempelak kebenaran diberi kerajaan pusat kepada syarikat judi melakukan 22 cabutan khas bagi tahun ini.

“Saya bagi pihak DUPP mendesak Kementerian Kewangan untuk mempertimbangkan semula untuk membenarkan peningkatan kekerapan cabutan khas nombor ramalan pada tahun ini sebagaimana yang telah diumumkan.

“Jangan dicemari usaha dan doa kita kepada Allah SWT agar dijauhi dari ujian pandemik Covid-19 dengan membenarkan perkara mungkar ini.

“Saya minta tindakan segera diambil dengan menamatkan sektor perjudian nombor ramalan dalam Keluarga Malaysia yang kita kasihi ini,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Mohd Nor merujuk jawapan bertulis parlimen Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz kelmarin yang memaklumkan peningkatan mendadak cabutan judi itu berbanding hanya lapan kali saja pada 2020.

Jangan bagi alasan tambah pendapatan

“Perkembangan ini amat mengecewakan kepada kami selaku pimpinan dan ahli kepada PAS sebagai salah satu parti komponen untuk Kerajaan Persekutuan pada hari ini.

“Peningkatan kekerapan cabutan khas ini telah seolah-olah menzahirkan bahawa kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan telah memberi lampu hijau dalam menggalakkan rakyat Malaysia dalam kegiatan tidak bermoral ini,” tegas Mohd Nor lagi.

Dia juga menggesa Kementerian Kewangan supaya “tidak menggunakan alasan atau justifikasi untuk menambahkan pendapatan negara melalui peningkatan kekerapan cabutan khas nombor ramalan ini.”

Semalam, Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria menggesa ahli parti itu agar kekal tenang di sebalik kecaman sesetengah pihak berhubung kebenaran diberi kerajaan pusat kepada syarikat judi melakukan 22 cabutan khas bagi tahun ini.

Setelah teruk dikritik judi kembali naik 22 kali, ulama Pas mula rasa tak selesa

Katanya, keputusan membenarkan pertambahan cabutan khas sehingga menjadi 22 kali setahun itu bukan dibuat partinya.

Sebelum ini, kerajaan Pakatan Harapan (PH) menurunkan kekerapan cabutan khas oleh syarikat perjudian itu menjadi hanya lapan kali setahun.

Bagaimanapun ia kembali menjadi 22 kali selepas kerajaan baru dibentuk pada akhir Feb tahun lalu.

Ia tidak termasuk caburan biasa yang diadakan beberapa kali setiap minggu.

Ia kemudian dikritik pelbagai pihak kerana sebelum ini Perikatan Nasional (PN) didakwa sebagai sebuah kerajaan Melayu-Islam, terutama dengan penyertaan PAS di dalamnya.

PAS yang kini menjadi parti komponen PN pernah lantang mengkritik kerajaan dan pengoperasian syarikat judi, termasuk pembukaannya ketika perintah kawalan pergerakan (PKP).

Pada awal Jan lalu Pemuda PAS ada menyatakan rancangan mereka untuk bertemu Tengku Zafrul atau Kementerian Kewangan bagi membincangkan isu berkenaan.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/592443

BACA JUGA : Panas !!! Siti Mariah dedah punca sebenar masjid masih tak dapat dibuka sepenuhnya di Selangor

COMMENTS

Wordpress (0)