Setelah seminggu, akhirnya kerajaan PN jawab persoalan titah Agong – Najib

Setelah seminggu, akhirnya kerajaan PN jawab persoalan titah Agong – Najib

Setelah tempoh lebih seminggu, kerajaan PN akhirnya menjawab titah Yang di-Pertuan Agong yang sudah beri perkenan Parlimen boleh bersidang ketika darurat.

Kerajaan menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya tidak melaksanakan persidangan Parlimen ketika tempoh darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos depan.

Antara punca utama kenapa sidang parlimen tidak dapat dibenarkan sehingga 1 Ogos ialah sains dan data.

Maka ramai yang kecewa pada sains dan data yang mengatakan bersidang dalam Dewan Rakyat adalah lebih berbahaya berbanding menonton wayang dalam pawagam, murid-murid hadir ke sekolah seluruh negara, bekunjung ke pasar malam, membuat meeting persediaan PRU di hotel atau membuat majlis untuk menerima SD ahli-ahli parlimen yang melompat.

Sumber: