Setelah pemulihan, TH kini lebih kukuh dan stabil . Kerajaan terus mendokong teguh ketetapan di bawah Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan berhubung Islam sebagai agama Persekutuan.
Sehubungan dengan ini, Kerajaan akan tetap menjadikan Tabung Haji (TH) sebagai agensi unggul khususnya dalam pengurusan jemaah haji bagi menunaikan rukun Islam yang kelima.⠀
⠀
Sekalipun dalam cadangan model baharu operasi, Kerajaan komited bahawa simpanan pendeposit TH dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan (sepertimana ketetapan S 24 (1) Akta 535), walaupun Kerajaan memutuskan TH akan dikawalselia BNM.
Pendekatan ini adalah sama seperti BSN yang dikawalselia oleh BNM di mana simpanan pendeposit masih dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan.⠀
⠀
Kajian semula model operasi TH bertujuan memastikan kemampanan dan daya maju TH di masa hadapan.
Semakan semula Akta 535 adalah bagi memastikan aspek tadbir urus, integriti dan reputasi ditambahbaik sebagai asas perlindungan lebih kukuh bagi para pendeposit.
Apa-apa kelebihan dan hak semasa pendeposit akan tetap dipelihara.⠀
⠀
TH kini berada pada landasan yang baik dengan kedudukan kewangan yang lebih kukuh dan stabil.
Jumlah deposit TH kini mencecah RM80 bilion. Ia sudah dianggap sebagai ‘bank’ oleh pendeposit, kita akan menambahbaik tadbir urus pengurusan dan operasi TH melalui rangka kerja pengawalseliaan BNM untuk meningkatkan kemampanan jangka panjangnya.⠀
⠀
Dengan meletakkan TH sebagai sebuah institusi kewangan Islam yang ditetapkan (prescribed Islamic financial institution) di bawah seksyen 223 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759], kita akan menambahbaik tadbir urus pengurusan dan operasi TH melalui penetapan dan penguatkuasaan amalan-amalan tadbir urus yang kukuh, merangkumi aspek pengurusan risiko, pematuhan Syariah, integriti serta amalan baik pasaran.
BNM juga mempunyai:⠀
⠀
Islamic Financial Services Board (badan piawaian kewangan Islam antarabangsa dan OIC) yang iiktiraf di peringkat antarabangsa. ⠀
Majlis Penasihat Shariah merangkumi cendekiawan Shariah dan individu yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan berpengalaman dalam pelbagai aspek Syariah.⠀
⠀
Kajian menyeluruh oleh JPM, MOF dan TH akan dibuat untuk menilai model baharu yang dicadangkan, di samping mengambil kira kapasiti sedia ada TH termasuklah aset, liabiliti, kepakaran sumber manusia, dan lain-lain.
Antara langkah penambahbaikan utama TH termasuk:⠀
⠀
- Semakan semula model perniagaan TH bagi memastikan ia berdaya maju dan lestari untuk jangka panjang;⠀
- Pengukuhan tadbir urus korporat dan pengawasan (oversight) oleh Anggota Lembaga TH;⠀
- Pengukuhan dasar dan amalan pengurusan risiko
- Pengukuhan keperluan amalan tadbir urus korporat dan Shariah berhubung penglibatan dalam urusan pelaburan dan operasi
Sumber: